UniMAP | Universiti Malaysia Perlis
KNOWLEDGE SINCERITY EXCELLENCE
PERINGATAN MESRA : JEMPUTAN KE PROGRAM MOTIVASI MUSLIMAH : JEJAK PERJUANGAN SUARA WANITA.
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) akan menganjurkan Program Motivasi : Jejak Perjuangan Suara Wanita secara atas talian seperti ketetapan berikut :
Tarikh & Hari : 06 November 2025 (Khamis)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi
Medium : Google Meet
( https://meet.google.com/phz-
Penceramah : YBhg. Ustazah Isfadiah binti Mohd Dasuki
(Pendakwah & Perunding Motivasi)
3. Sehubungan itu, Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) berbesar hati menjemput YBhg Datuk/Dato'/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk hadir ke program ini. Semoga dengan kehadiran YBhg.Datuk/Dato'/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan akan menyerikan program ini. Bersama -sama ini disertakan poster program untuk rujukan semua. Kehadiran Staf akan direkodkan sebagai 1 mata CPD.
Perhatian dan kerjasama YBhg Datuk/Dato'/ Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara murni ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan"
Saya yang menjalankan amanah,
Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN)
TEL : 04-9414229
Sekian, terima kasih.